Pages

Wednesday, October 31, 2012

TAKDIR CINTA - BAB 9


TAKDIR CINTA


BAB 9

                Umairah masih tidak dapat melelapkan matanya.  Di pusingkan badannya ke kiri dan ke kanan untuk mencari keselesaan.  Namun, matanya yang di tutup rapat masih tidak mampu terlelap.  Puas dia mencuba namun tetap gagal. 

Umairah mengeluh pelahan.  Diselaknya selimut yang menutupi tubuhnya dan di biarkan ketepi.  Dingin malam lagsung tidak di rasainya.  Umairah bangun dari pembaringan dan duduk bersandar di kepala katil.  Otaknya merawang jauh memikirkan pertemuan keluarganya dengan Adam Syafiq tiga hari yang lepas.

“Saya betul-betul ikhlas nak memperisterikan Umairah bang.  Walaupun saya tahu saya masih tak mengenali hati budi Umairah, tapi saya dapat rasakan dia perempuan yang terbaik untuk saya.”

                “Macam mana awak boleh kata Umairah terbaik untuk awak sedangkan awak masih tak kenal dia?  Pernah tak awak terfikir, andai kata Umairah tu bukan lah seperti perempuan yang awak harapkan bila awak dan dia dah berumah tangga nanti?  Tak ke awak menyesal?” Soal Zafrul mencari kepastian.

                “InsyaAllah tidak.  Saya yakin dengan jodoh saya dan saya tak akan sekali pun menyesal dengan ketentuan-Nya.”

                “Dari apa yang awak cakap sebelum ni, saya nampak yang awak betul-betul ikhlas nak jadikan Umairah sebagai isteri awak.  Tapi saya harap awak faham, sebagai seorang abang saya mahukan yang terbaik untuk adik saya.”

                “Saya faham semua tu bang.  Tak mengapa lah, andai tak ada rezeki saya untuk memperisterikan Umairah saya redha.  Itu bermakna dia bukan lah jodoh saya.”

                “Adam jangan salah faham.  Makcik sekeluarga tak kata pun kami menolak pinangan Adam.  Cuma kami perlukan masa sahaja.  Kami perlukan jawapan dari Umairah sendiri.  InsyaAllah, kalau ada jodoh tak kemana.” Zainab mencelah.

                “InsyaAllah makcik.  Saya letakkan keputusan di tangan makcik dan abang Zafrul.”
               
                “Adam, awak tinggalkan nombor telefon awak.  Nanti saya sendiri akan beritahu jawapannya.  Tak perlu lah awak susah payah datang ke sini semata-mata nak dapatkan jawapan dari pihak kami.  InsyaAllah bila dah dapat jawapannya, kami akan beritahu Adam secepat mungkin.” Zafrul menutur kata.

                Derigan jam loceng membuatkan Umairah tersentak dari lamunannya.  Peristiwa tiga hari lepas hilang dari tubir matanya.  Umairah melepaskan keluhan pelahan.  Jam loceng di sudut tepi katil dicapainya.  Jarum jam sudah pun menunjuk ke arah angka tiga.  Segera dia bangun dan melangkah untuk mengambil wudhuk. Semoga istikharahnya membisikkan sesuatu.


Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx   



                “Umairah dah dapatkan jawapannya?  Macam mana?” soal Zainab.

                “Entahlah umi.  Umairah tak tahu lagi.  Umairah masih fikirkan soal ni.”

                “Tak mengapa lah kalau dah Umairah cakap macam tu.  Umi tak mahu mendesak.  Fikirlah betul-betul.  Ini semua bukan untuk umi, tapi untuk Umairah sendiri.  Untuk masa depan Umairah.”

                “Ermmmm.. apa pendapat umi dah abang Zafrul?” soal Umairah sambil memandang ke arah ibunya.

                “Abang Zafrul kata budak tu baik.  Nampak dia ikhlas dan betul-betul nak kan Umairah.  Lagipun, umi tengok masa dia imamkan solat isyak hari tu.  Memang dia lelaki yang tau soal agama.  Tak ada lah macam kebanyakan lelaki zaman sekarang.  Serba serbi tak tahu.”

                Umairah menganguk pelahan.  Memang benar apa yang di perkatakan ibunya.  Dia masih ingat lagi ketika Adam Syafiq mengimami mereka sekeluarga ketika solat isyak.  Abangnya, Zafrul sengaja mahu menduga Adam Syafiq dan ternyata tiada sedikit bantahan pun darinya.   Bacaan surah yang di bawanya ketika solat juga tepat dan merdu.  Dari sudut itu, Umairah pasti Adam Syafiq seorang yang tidak kurang ilmu agamanya.  Solatnya juga terjaga.  Seperti perempuan lain, Umairah juga mahukan suami yang soleh dan berpengetahuan agama.

                “Bagi umi, Adam tu dah cukup baik buat Umairah.  Cuma umi nak tahu keputusan Umairah macam mana.  Umairah setuju ke tidak.  Umairah pun jangan lah ambil masa lama sangat.  Umi tak nak lah nanti Adam tertunggu-tunggu.  Umi dan abang Zafrul terima keputusan Umairah. Haaa, Umairah ada buat solat istikharah tak?”

                “Ada.  Cuma Umairah perlu kan kepastian.  InsyaAllah bila dapat jawapannya, Umairah bagi tahu umi.”

               
                “Bagus lah kalau macam tu.  Banyakkan doa dan minta petunjuk dari Allah.  InsyaAllah, kalau kita minta bantuan dari Allah S.W.T dan kita yakin dengan kekuasaan-Nya sudah tentu Allah tak akan hampakan permintaan kita.  Lagi satu, umi nak Umairah tahu yang umi terima apa jua keputusan Umairah.  Andai jodoh Umairah dengan Adam, umi sedikit pun tak menghalang.  Kalau bukan pun umi tak kisah.  Tapi bagi pihak umi dan abang Zafrul, kami terima kalau Adam jadi sebahagian keluarga ni.  Tak ada cacat cela pun si Adam tu.  Tingkahnya pun baik dan sopan dan umi nampak dia seorang lelaki yang bertanggungjawab.”

                “InsyaAllah umi.  Umairah akan beritahu jawapannya secepat mungkin.”

                Umairah mendiamkan diri.  Dari solat  istikharahnya, dia merasa tenang setiap kali nama Adam Syafiq muncul di mulut orang sekelilingnya.  Terasa tenang setiap kali memikirkan tentang lelaki itu.  Entah dari mana terbitnya perasaan itu dia sendiri tidak pasti.  Ya Allah, adakah ini bisikan bagi jawapan solat istikharah yang di lakukannya setiap hari?  Atau perasaan ini hanya permainan syaitan yang mahu dirinya hanyut dengan rasa indah seperti ini?

                “Ya Allah, hanya kepadamu aku berserah.  Jauhkan aku dari bisikan syaitan Ya Allah.  Kau jauhkan lah perasaan ini andai bukan ini petunjuk mu Ya Allah.” Bisik hati Umairah.



Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx 

               
                 
                Adam Syafiq memandang jam di pergelangan tangannya.  Jam sudah pun menunjukkan pukul lapan setengah malam.  Dia masih lagi berada di pejabat ketika ini.  Tubuhnya disandarkan di kerusi untuk menghilangkan segala kepenatan yang ada. 

                Pandangannya di campakkan ke luar tingkap pejabat.  Melihat kota metropolitan Kuala Lumpur yang sudah di limpahi cahaya neon.  Pemandangan yang cantik di waktu malam dan di sinari cahaya lampu di setiap pelusuk jalan.  Tapi sayang, panorama yang indah ini di cemari dengan suasana yang bingit dengan kesibukan kota.  Walaupun cantik dan menari tetapi banyak memberikan tekanan kepada penduduknya.


                Deringan telefon bimbit Adam Syafiq mengejutkan Adam Syafiq yang leka melihat panorama kota Kuala Lumpur.  Segera tangannya megapai telefon yang terletak di atas meja.  Panggilan dari ibunya.  Dengan malas Adam Syafiq menekan butang hijau untuk menjawab panggilan.

                “Assalammualaikum, Adam.  Adam dekat mana tu?  Kenapa mama call Adam sebelum ni, Adam tak pernah angkat?” soal Datin Maimunah dengan suara sayu.

                Adam Syafiq menarik nafas pelahan.  Terasa bersalah pula apabila dia tidak pulang ke rumah hampir dua minggu.  Mungkinkah ibunya terasa hati dengan sikapnya? 

 “ Adam dekat office.”

“Kenapa Adam tak balik rumah?  Adam marah kan mama ke?  Adam nak tinggalkan mama ke?”

“Bukan Adam tak nak balik rumah.  Adam nak tenangkan fikiran Adam.  Itu sahaja.  Mama tak perlu lah fikir yang bukan-bukan.  Adam minta maaf kalau mama terasa hati dengan Adam.”

“Kalau Adam tak marahkan mama, kenapa Adam tak jawab panggilan mama?  Kenapa Adam tak reply message mama?  Balik lah Adam, mama rindukan Adam.”

“InsyaAllah, nanti Adam balik.  Mama tak perlu risau.  Adam sihat dan Adam tak apa-apa.  Adam cuma nak menyendiri buat masa sekarang.”

“Adam baliklah.  Mama janji mama akan ikut keputusan Adam.  Mama akan terima budak kampung tu jadi menantu mama.  Adam baliklah sayang.”

Adam Syafiq hanya diam membisu.  Dia sendiri tidak tahu apa yang perlu di perkatakan buat masa ini.  Perasaannya bercampur-baur.  Rasa gembira apabila ibunya bersetuju dengan hasratnya untuk menjadikan Umairah sebagai isteri dan rasa menyesal meninggalkan ibunya tanpa khabar berita.  Ya Allah, adakah dia sudah di kira sebagai anak yang derhaka? 

“Adam dengar tak apa yang mama cakapkan ni?  Mama nak Adam balik ke rumah macam biasa.  Mama akan terima budak tu sebagai isteri Adam.  Mama akan pergi pinangkan dia untuk Adam.  Adam janganlah bawa diri macam ni lagi.  Mama tak nak kehilangan Adam.  Adam satu-satunya anak yang mama ada.  Adam tak kesian dekat mama ke?”

“Adam minta maaf ma.  Adam tahu Adam salah.  Adam tahu Adam tak patut buat perangai macam ni.  Adam tertekan ma.  Adam tak mahu kahwin dengan Balqis.  Adam tak suka bila mama paksa Adam macam tu.”

“Ye sayang.  Mama tahu mama salah.  Maafkan mama.  Dah, tak payah nak cerita fasal Balqis lagi.  Malam ni Adam balik rumah ye sayang.  Mama tunggu Adam.”

“InsyaAllah.”

“Jangan macam tu.  Adam baliklah malam ni.  Kita dinner sama-sama.  Mama tunggu Adam balik ye.  Nanti kita bincang untuk hantaran merisik dan meminang budak kampung tu untuk Adam.”

“Bukan budak kampung ma.  Nama dia Umairah.”

“Yelah, maafkan mama.  Mama tak tahu siapa nama dia.Ermmmm…Adam balik ye sayang.  Mama tunggu Adam tau.  Jangan lupa.”

“Baiklah.  Nanti Adam balik.”

“Kalau betul Adam tak marah kan mama.  Adam balik lah malam ni.  Mama jadi tak tentu arah bila Adam tak balik-balik rumah.  Dah dekat dua minggu Adam tinggalkan rumah.  Mama tak nak Adam tinggalkan mama.”

“Ye ma.  Nanti Adam balik.  Mama jangan risau.  Tapi bukan hari ini.  Mama tak payah tunggu Adam balik hari ni.  InsyaAllah, esok Adam balik ke rumah.”

“Kenapa Adam tak nak balik hari ni?  Adam tak sayangkan mama dah ke?”

“Bukan macam tu.  Mama jangan salah anggap pula.  Adam tetap sayangkan mama.  Cuma Adam busy hari ni.  Banyak lagi kerja yang Adam perlu siapkan.  Mama tak perlu tunggu Adam malam ni.”

“Betul ni?  Adam janji tau.  Esok Adam kena juga balik ke rumah.  Mama suruh mak Temah masakkan makanan kesukaan Adam esok ya.  Janji tau.”

“Ye ma.  Adam janji esok Adam balik rumah.  Okay lah ma, Adam nak sambung buat kerja ni.  Esok kita jumpa ye?”

“Okay, Asalammualaikum.”

“Waalaikumsalam.” Balas Adam Syafiq mengakhiri perbualan. 

Adam Syafiq meraup wajahnya beberapa kali.  Bibirnya mula mengukir senyuman.  Gembira hatinya bukan kepalang.  Manakan tidak, ibunya sudah menerima keputusannya untuk memperisterikan Umairah.  Bukan mudah untuknya mencairkan hatinya batu ibunya.  Adam Syafiq mengucapkan rasa syukur pada yang Esa.  Sekurang-kurangnya dia tidak perlu memperisterikan Balqis.  Terasa bebanan yang di pikulnya selama ini bagai sudah di buang ke tepi.  Syukur Ya Allah. 



                

No comments:

Post a Comment