HANYA KAU UNTUKKU
BAB 11
Badrul
Zaman melihat jam di pergelangan tangannya.
Jarum jam sudah mencecah ke angka dua petang. Matanya masih melilau mencari kelibat Sofiya
Alia yang masih juga tidak
kelihatan. Badrul Zaman mula tidak
keruan. Adakah Sofiya Alia tidak akan
hadir ke majlis hari jadi anaknya ini? Ya
tuhan, berikanlah dia peluang agar dapat bertemu dengan gadis itu sekali lagi
sebelum gadis itu menyambung pelajarannya.
“Hai
encik Badrul, tunggu siapa? Dari tadi
saya perhatikan encik Badrul macam gelisah sahaja.” soal Ira Syarmila sambil
merapati Badrul Zaman yang sibuk memerhatikan pintu pagar rumahnya.
“Errr..
tak ada tunggu sesiapa pun.”
“Betul
ke? Dari tadi saya tengok, encik Badrul
macam tunggu seseorang je. Asyik pandang
sana, pandang sini. Ni mesti important person kan?” sengaja Ira Syarmila
menduga.
“Seriously,
tak ada sesiapa pun. Eh, awak dah makan
ke belum ni?” soal Badrul Zaman menutup kegusaran di hati. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu sesiapa pun
dapat membaca hatinya.
“Belum
lagi encik Badrul. Saya nak tunggu encik
Badrul lah ni. Boleh kita makan
sama-sama.”
“Oh,
sorry Syarmila. Saya tak dapat nak teman
awak makan sebab saya nak layan tetamu yang lain. Apa kata awak makan dulu, then saya akan
datang join awak kejap lagi”
“Alaaaa, please encik Badrul. Tak baik tau hampakan saya. Lagipun, tetamu yang lain pun sibuk bersembang
dengan partner diaorang. Saya ni datang
sorang-sorang, tak ada sesiapa pun nak teman makan. Please encik Badrul, teman saya makan. Please.” Rengek Ira Syarmila.
“Ermmmmm.. Okay.” Balas Badrul
Zaman terpaksa.
“Really? Betul ni encik Badrul nak
temankan saya makan?”soal Ira Syarmila mendapatkan kepastian.
“Yup, saya temankan awak. Jom kita pergi ambil makanan dulu.”
“Thanks encik Badrul.” Balas Ira
Syarmila sambil tersenyum menggoda.
Ira Syarmila melangkah ke arah meja
tempat mengambil makanan. Pinggan di
capai dan di letakkan beberapa jenis makanan di dalam kedua pinggan. Satu untuk dirinya dan satu lagi untuk
diberikan kepada Badrul Zaman.
“This
is for you encik Badrul.”
Sepinggan
makanan yang berisi dua ketul ayam dan beberapa ekor udang di hulurkan ke arah
Badrul Zaman. Sengaja dia mengambil makanan kesukaan Badrul Zaman kerana ingin
menarik perhatiannya. Dan dia
seolah-olah ingin memberitahu Badrul Zaman yang dia amat mengambil tahu tentang
kesukaan Badrul Zaman.
Belum
pun sempat Badrul Zaman mengambil tempat duduk berhadapan dengan Ira Syarmila,
matanya mula tertacap pada kehadiran tetamu yang amat dinantinya. Senyuman manis mula terukir di bibir Badrul
Zaman. Gembira dia di buatnya bila
Sofiya Alia akhirnya hadir juga ke majlis harijadi anaknya.
“Encik
Badrul nak pergi mana?” soal Ira Syarmila apabila Badrul Zaman mula menapak
meninggalkan meja makan.
“Saya
ada tetamu. Awak makan dulu lah
Syarmila. Enjoy your meal” Jawab Badrul
Zaman dan terus melangkah ke arah pintu pagar rumahnya.
Ira
Syarmila terpingga-pingga. Ah, ada sahaja yang ingin merosakkan
rancangannya. Dia baru sahaja ingin
mengatur langkah untuk mendekati Badrul Zaman tetapi nampaknya masih tidak
menjadi. Siapakah tetamu yang penting
sangat buat Badrul Zaman sehinggakan dia dibiarkan sendirian di majlis Hari
jadi ini?
Ira
Syarmila menoleh ke arah pintu pagar banglo milik Badrul Zaman. Membulat matanya bila melihat gadis tomboy
itu hadir dengan seorang gadis belasan tahun.
Hatinya terbakar melihat kehadiran gadis itu. Jadi, gadis inilah yang di tunggu-tunggu
Badrul Zaman? Gadis ini lah yang berjaya
membuakan Badrul Zaman tidak keruan dari tadi lagi? Hati Ira Syarmila mendengus geram. Sakit hantinya melihat senyuman yang terukir
di bibir Badrul Zaman.
“Hai
Sofie, thanks for coming.” Ujar Badrul Zaman dengan bibir yang tidak lekang
dari senyuman.
“Sorry
abang Bad. Sofie lewat datang.”
“Its
okay Sofie. Yang penting, Sofie sudi
juga datang ke majlis ni. Thanks a lot.”
. “Tapi
rasanya macam dah lewat sangat je Sofie datang.
Mak Sofie kirim salam dekat Abang Bad.
Mak tak dapat nak datang sebab ada hal katanya. Ermmm, Mana birthday girl? Sofie nak bagi hadiah ni untuk dia.”
“Sya ada
dekat tepi kolam renang sana. Dia sibuk
bergurau dengan kawan-kawan dia yang lain.
Eh, jom lah masuk makan dulu.” Pelawa Badrul Zaman.
Sofiya
Alia dan Natasya Farhana hanya membontoti Badrul Zaman dari belakang. Matanya mengagumi kecantikan banglo milik
Badrul Zaman. Sungguh dia tidak
menyangka bahawa Badrul Zaman datang
dari keluarga berada. Jika di lihat pada
kereta yang di pakainya sahaja, dia tidak akan menyangka yang Badrul Zaman mampu
tinggal di rumah semewah ini.
“Sofie ambil
makanan dulu ye. Abang Bad nak
panggilkan Sya sekejap.” Kata Badrul Zaman dan berlalu pergi mendapatkan
anaknya.
Sofiya
Alia hanya membalas dengan anggukan.
Matanya masih lagi melilau melihat keindahan kawasan rumah Badrul
Zaman. Baru sahaja Sofiya Alia ingin
bergerak ke tempat mengambil makanan, tubuhnya hampir tersembam ke tanah apabila terlanggar seseorang di hadapannya. Mujur
tubuhnya sempat di paut.
“Hariz??”ujar
Sofiya Alia terkejut.
Bulat matanya bila melihat lelaki itu yang
memaut tubuhnya. Segera dia meleraikan pautan lelaki itu. Hariz Iskandar juga kelihatan terkejut dengan
pertemuan mereka di majlis hari jadi Nur Batrisya. Mukanya sedikit berkerut. Pelik barangkali dengan kehadiran Sofiya Alia
di rumah ini.
“Kak
Sofie!” jerit Nur Batrisya sambil berlari dan terus memeluk kaki Sofiya Alia.
“Hai Sya. Happy Birthday sayang. Comelnya Sya.
Macam princess.” kata Sofiya Alia sambil mencubit lembut pipi montel
milik Nur Batrisya. Gadis kecil itu
tersenyum gembira. Seronok barangkali
bila dirinya di samakan dengan puteri.
“Amboi,
Sya bila dah jumpa Kak Sofie dia, Kak
Ana yang berdiri dari tadi Sya buat tak
nampak je. Tak nak lah kawan Sya.” Rajuk Natasya Alia.
MIA SARA NASUHA sebagai NUR BATRISYA
Nur
Batrisya tersipu malu bila di tegur begitu.
Segera tangan Natasya Alia di capai lalu di cium. Hariz Iskandar mula
pelik melihat kemesraan Nur Batrisya dengan Sofiya Alia dan Natasya Alia. Mereka kelihatan sungguh rapat sekali. Tapi bagaimana mereka boleh saling mengenali?
“Eh,
abang lupa nak kenalkan. Ni Is.” Badrul
Zaman memaut bahu Hariz Iskandar yang hanya menjadi pemerhati di sebelahnya.
“Is?” soal
Sofiya Alia pelik
“Adik
abang. Nama dia Hariz Iskandar. Family abang panggil Is. Kami dua beradik je” terang Badrul Zaman satu
persatu.
“Adik
abang Bad??”
Bagai nak terkeluar biji mata
Sofiya Alia bila mengetahui perkara sebenar.
Ya Allah, kecilnya dunia ni.
Bagaimana lelaki yang mempunyai ego melangit ini boleh ada kena mengena
dengan lelaki sebaik dan sesopan Badrul
Zaman? Memang mereka jauh berbeza. Badrul Zaman yang manis dengan senyuman dan
Hariz Iskandar yang bengis dan menjengkelkan.
“Ye,
dia satu-satunya adik yang abang ada.
Haa Is, ni Sofie dan itu Ana.”
“Macam
mana abang boleh kenal budak ni?” soal Hariz Iskandar.
“Sya
tinggal dekat nursery mak Sofie. Abang
kenal Sofie dari situ lah. Kenapa? Is kenal Sofie ke?”
“Eh, tak
lah. Tak mungkin Is boleh kenal dengan ‘lelaki
celup’ macam ni.”
Mata
Sofiya Alia membulat. Hariz Iskandar
pura-pura tidak mengenalinya? Bertambah
sakit hatinya bila Hariz Iskandar asyik menggelarkan dirinya lelaki celup! Aku perempuan tulen lah! Kau buta ke? Bentak
hati Sofiya Alia.
“Is,
tak baik cakap Sofie macam tu.” Tegur Badrul Zaman.
“Laaa,
dah benda betul bang. Buat apa abang nak
marah Is?” soal Hariz Iskandar sambil tersenyum sinis ke arah Sofiya Alia.
“Dah la
abang Bad. Buat apa nak bertekak dengan
orang buta macam ni kan? Dia mana pandai
nak bezakan perempuan dengan lelaki.
Rasanya monyet kat hutan pun tahu nak bezakan yang mana satu perempuan,
dan mana satu lelaki.” Balas Sofiya
Alia.
Tajam
mata Hariz Iskandar memandang Sofiya Alia.
Dirinya dibandingkan dengan monyet?
Panas hatinya. Sudah tak ada
benda lain kah?
“Eh,
dah la tu kak. Jom kita pergi ambil
makanan. Ana dah lapar dah ni.” Natasya Farhana cuba meleraikan pergaduhan
kecil antara Hariz Iskandar dan kakaknya.
Tangan
Sofiya Alia di tarik ke meja makan dan meningglakan Hariz Iskandar yang masih
merenung tajam ke arah Sofiya Alia. Dia
sendiri pelik, setiap kali Sofiya Alia dan Hariz Iskandar bertemu pasti mereka
akan bertegang urat.
“Is,
kenapa cakap macam tu dekat Sofie? Kecil hati dia nanti.”
“Laaa,
Is gurau-gurau je pun bang. Sengaja nak sakat dia. Abang ni Is tengok lain macam je. Abang dengan budak tu ada apa-apa ke?” soal
Hariz Iskandar. Entah kenapa dia mula
merasa cemburu melihat sikap abangnya yang begitu mesra dan mengambil berat
tentang Sofiya Alia.
“Ish,
tak ada apa-apa lah. Kenapa lah boleh
sampai ke situ Is fikir.”
“Bukan
apa, Is tengok abang dengan dia macam mesra semacam. Mana lah tau, abang nak jadikan budak tu
kakak ipar Is.”
“Hisssh,
sudah lah Is. Jangan nak merepek lagi.
Okay lah Is, abang nak temankan Sofie dan Ana makan. Kejap lagi kita sembang lagi.” Ujar Badrul
Zaman dan berlalu pergi.
AIMAN HAKIM RIDZA sebagai HARIZ ISKANDAR
Hariz
Iskandar hanya menjadi pemerhati dari jauh.
Entah kenapa hatinya merasa cemburu dengan kemesraan yang di tunjukkan Badrul
Zaman kepada Sofiya Alia. Tapi kenapa
dia harus cemburu? Kenapa mesti dia
merasa begitu? Kenapa dia mesti cemburu
dengan abang kandungnya sendiri? Kenapa? Sofiya Alia bukan sesiapa pun pada dirinya. Jadi kenapa dia harus melayan perasaan
cemburu ini? Ah, jangan jadi bodoh lah
Hariz! Persetankan sahaja perasaan
itu.
Entah
kenapa sakit pula matanya melihat senyuman manis di bibir Sofiya Alia. Senyuman yang tidak pernah di lemparkan
kepadanya. Tetapi kenapa gadis itu boleh
tersenyum sebegitu kepada Badrul Zaman?
Senyuman yang dapat meruntun jiwa sesiapa yang melihatnya. Senyuman ikhlas yang terbit dari hati. Arggghhh!!
Tidak sanggup pula dia melihat kemesraan antara Badrul Zaman dan Sofiya
Alia. Kakinya terus melangkah masuk ke
dalam rumah. Moga perasaan itu tidak
terus menyesakkan fikiran dan hatinya.
best nak lg
ReplyDeletenanti cik nad update entry yg seterusnya ya baby mio.. =)
Delete